Monday, November 26, 2012

       Assalamualaikum semua pembaca blog semua, setelah sekian lama blog ini ditinggalkan untk mengahadapi sebuah perjuangan, hari ini blog ini kembali dgn memberi beberapa cara tidur mengikut sunnah Rasulullah........
       Sebenarnya cara tidur ini ana ambil daripada kwn ana, jadi kita sama-sama berkongsi sunnah ini kerana insyaallah akan mendapat ganjaran pahala. Antara cra tidur mengikut sunnah Rasulullah:-

1. Berwuduk sebelum tidur. Dalilnya: "Jika kamu akan tidur maka berwuduklah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini (seperti doa yang dijelaskan selepas ini) dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu)"- riwayat Bukhari dan Muslim.


2. Tidur mengiring ke sebelah kanan. Dalilnya:
a) "Adalah Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca: Maksudnya: “Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan menghadapkan mukaku kepada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utus"- riwayat Bukhari.

b) “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu"..- riwayat Bukhari dan Muslim.

c) "Sesungguhnya Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya, baginda akan meletakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan, lalu berdoa: “Rabbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Tuhanku, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).”- riwayat Tirmizi.

3. Tidak tidur dalam keadaan meniarap: Dalilnya:
a)“Tidak dibenarkan telungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya sama ada ketika tidur malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur telungkup) seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.”- riwayat Abu Daud beserta dengan sanad yang sahih.

b) "Sesungguhnya cara tidur seperti ini (telungkup atau meniarap) tidak disukai Allah.” riwayat Ahmad, al-Tirmizi, Ibn Hibban dan al-Baihaqi.

4. Baca doa sebelum tidur. Dalilnya:
a) Dari Hudzaifah meriwayatkan: "Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, maka Baginda berdoa: “Allahumma bismika amuutu wa ahyaa (Ya Allah, dengan Asma-Mu aku mati dan aku hidup).” Dan jika bangun dari tidurnya beliau berdoa: “Alhamdu lillaahill adzii ahyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilayhin-nu syuur (Segala puji bagi Allah, yang telah menghidup kan aku kembali setelah mematikan aku, dan kepada- Nya tempat kembali).”- riwayat Tirmizi.

b) Dari Aisyah r.a berkata: "Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan menghimpunkan kedua-dua telapak tangannya, lalu meniup kedua-duanya dan dibaca pada kedua-duanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua-dua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya dan bahagian depan badannya. Beliau melakukannya sebanyak tiga kali.” - riwayat Tirmizi.

c) "Jika kamu akan tidur maka berwuduklah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini (seperti doa yang dijelaskan selepas ini) dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu)"- riwayat Bukhari dan Muslim.



Adab-adab tidur yang lain yang dituntut Islam:

1.Tidak tidur ditempat yang terbuka.
2.Elakkan tidur ketika kekenyangan.
3.Tidur dalam keadaan bersuci.
4.Tidur dalam keadaan berwuduk.
5.Membaca surah dan ayat amalan Baginda Nabi SAW.(sperti yg tertera diatas)
6.Bercelak dengan celak. Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud: "Hendaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata". -Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al- Hakim.
7.Mengibas tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan Bismillah.
8.Bersiwak atau bersugi ketika bangun pada malam hari.


Semoga perkongsian ini dapat dijadikan tauladan dan pedoman kita bersama, moga kehidupan seharian kita diberkati dan diredhai oleh Allah swt.. :) jika ada kesilapan dalam tulisan ini, mohon teguran dan perkongsian daripada anda semua.. ....... Selamat beramal.

~pen off~



Thursday, April 5, 2012

33 Larangan Rasullullah SAW Terhadap Wanita


Assalamualaikum dan salam ukhwah...

1) Wanita mendedahkan aurat
2) Wanita berpakaian menyerupai lelaki
3) Wanita bergaul bebas dengan lelaki bukan muhrim
4) Wanita bersalaman dengan lelaki bukan muhrim
5) Wanita berpakaian menyerupai pakaian orang kafir
6) Wanita menyambung rambut
7) Wanita mencabut, mencukur, atau menipiskan alis
8) Wanita mengikir gigi
9) Wanita melakukan tatu
10) Wanita melihat aurat sesama wanita atau bergabung dalam satu pakaian
11) Wanita melakukan musahaqah
12) Wanita memakai wangi-wangian agar dikagumi orang lain
13) Wanita memasuki pusat rawatan kecantikan awam
14) Wanita berkhalwat dengan lelaki bukan muhrim
15) Wanita tidak melayan kehendak suami
16) Wanita menceritakan rahsia hubungan suami isteri kepada orang lain
17) Wanita menerima tetamu lelaki bukan muhrim tanpa izin suami
18) Wanita keluar dari rumah tanpa izin suami
19) Wanita membenci dan menyakiti hati suami
20) Wanita mengingkari perintah suami yang baik
21) Wanita bermusafir tanpa muhrim atau suami
22) Wanita menceritakan sifat wanita lain kepada suaminya
23) Wanita berpuasa sunat tanpa izin suami
24) Wanita menginfakkan harta suami tanpa izinnya
25) Wanita kufur terhadap kebaikan suami
26) Wanita menyumpah anak
27) Wanita memaksa suami menceraikannya
28) Wanita memakai pakaian emas dengan sombong dan megah
29) Wanita menyakiti jiran tetangga
30) Wanita mencakar dan merobek pakaian ketika mendapat musibah
31) Wanita meratapi kematian
32) Wanita berkabung atas kematian seseorang melebihi tiga hari
33) Wanita menziarahi kubur diiringi tangisan

Sumber:
Mohamed, D. H. (2008). 33 Larangan Rasullullah SAW Terhadap Wanita. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publications

Tuesday, November 8, 2011

Allah Itu Maha Adil

Assalamualaikum...............
kepada semua pembaca blog ana dan semua umat Islam,sudah lama blog ini dibiarkan Pada hari ini ana ada sedikit cerita yang ana baca,cerita menjelaskan sedikit tentang sifat-sifat ALLAH. Moga ia menjadi pedoman kepada kita...........


Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. 

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di  sebuah pasaraya  telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda. Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah  la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga. Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.

"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga.

Setakat ini dululah perkongsian ana..................

pen off~~~~~~`

Friday, September 23, 2011

Allah S.W.T Menolak 1 Daripada 3 Doa Rasulullah S.A.W


alt
Assalamualaikum......

'Amir bin Said daripada bapanya berkata bahawa :
"Suatu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu Baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud :

"Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu Allah S.W.T hanya memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan.
Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a).
Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam).
Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak);
Kesimpulannya:
Saudaraku,
Apa yang kita lihat pada hari ini ialah pergaduhan semasa negara Islam sendiri, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir bertepuk tangan dari belakang.
Apakah ini yang ingin kita lihat? Apakah tindakan kita? Tidakkah kita ingin Islam kembali gemilang seperti dahulu? Bangkitlah wahai saudaraku, tegakkan Islam kembali megah, itu amanahmu! Yakinlah dengan janji Allah S.W.T.
Wallahualam...

Sunday, August 28, 2011

Layakah Kita Bergelar Saudara

Assalamualaikum..... kepada semua pembaca. hari ni ana ada terbaca sau cerita yang mungkin boleh membuka mata kita..Kita mesti sedar bahawa disaat kita bergembira bersuka ria untuk menyambut hari raya, ada yang menderita. Jadi kita harulah sedar mungkn disebab kan kita mereka menderita. beginilah cerita yang saya petik dari kawan saya

*******

"Umi!!!!" Khalid menjerit nyaring.
Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di sebalik batu-batu yang ada hampir sahaja menjerit ketakutan, mujur suaranya itu tersekat di kerongkong sehinggalah tentera-tentera kejam itu berlalu pergi... Jika tidak, entahkan hidup entahkan tidak lagi dirinya di muka bumi ini.
"Umi!!!" Khalid menjerit lagi.
Kanak-kanak berusia 6 tahun itu berlari-lari di atas serpihan batu-bata,t erpaksa memungkinkan bahawa ibunya ada di situ... Cuaca yang panas terik tidak memberhentikan kakinya daripada terus melangkah, berlari ke segenap penjuru mencari insan yang paling dikasihinya.
"Khalid.. Khalid anak umi..."
Suara lembut itu membuatkan kepala Khalid menoleh ke arah sisinya. Wajahnya yang dibasahi peluh tersenyum senang melihat kehadiran Nur Laili, satu-satunya ahli keluarganya yang masih hidup pada saat itu. Khalid berlari ke arah Nur Laili, Nur Laili mendakapnya senang...
"Umi, Khalid ingat umi dah tinggalkan Khalid macam abi..."
* * *
"Khalid... Mari cepat pergi ke masjid, sekejap lagi azan ni!"
Kedengaran suara Salman Al-Farisi memanggil dari luar rumah. Khalid yang baru sahaja keluar dari bilik air terkedek-kedek lari mendapatkan bapanya.
"Umi, Khalid pergi dulu..." ucapnya seraya melangkah pergi...
"Abi, kenapa kita kena solat di masjid?. Umi tak pergi masjid pun abi..." Khalid bertanya. Matanya yang bening memandang tepat ke dalam anak mata Salman Al-Farisi.
Salman Al-Farisi menarik nafas panjang.
"Kita kan orang Islam sayang, kita lelaki, lelaki kuat, jadi kena solat di masjid. Umi tak apa solat di rumah. Lagipun, bila ramai-ramai orang Islam berkumpul di masjid, orang kafir pun akan gerun, nampaklah orang Islam ni bersatu, bila bersatu, kita  akankuat kan sayang?" Salman Al-Farisi cuba menerangkan seringkas mungkin buat kanak-kanak berusia 6 tahun itu.
"Tapi abi...."
"Kenapa Khalid?"
"Kenapa dulu masjid kosong saja, sekarang ni baru nampak penuh... Bukankah sekarang ni banyak tentera, kat setiap penjuru ada tentera, dulu tak ada tentera kenapa orang tak sibuk ke masjid?" Penuh ketulusan suara itu bertanya.
Salman Al-Farisi termenung jauh. Tangannya yang memimpin tangan Khalid digenggam seerat mungkin. Bagaimanakah cara terbaik untuknya menerangkan keadaan ummah pada masa kini kepada kanak-kanak sekecil Khalid.
"Khalid... Kalau Khalid dapat apa yang Khalid nak, tapi Khalid degil, tak mahu dengar cakap abi.. Tiba-tiba satu hari semua tu abi ambil balik , Khalid hidup susah, baru Khalid rasa betapa bermaknanya kesenangan yang lalu kan?"
Angguk.
"Macam tu jugalah keadaan sekarang ni. Dulu, Allah bagi nikmat banyak sangat... Tapi manusia tak mahu bersyukur malah manusia tak nak dengar cakap Allah. Sekarang ni, bila dah susah baru semua tahu betapa pentingnya sesuatu arahan Allah. Mustahil arahan daripadaNya itu sia-sia."
"Abi, Khalid tak mahu lawan cakap Allah!" Khalid bersemangat.
"Ya sayang, Khalid kena jadi macam Khalid Al-Walid. Dia seorang panglima perang yang hebat, dia tak pernah gentar dalam mempertahankan agama Islam bahkan dia rela mati di jalan Allah". Bersemangat Salman Al-Farisi memberi kekuatan buat si anak kecil itu. Satu-satunya anak yang masih tinggal untuk bersama-samanya berjuang di jalan Allah.
"Macam abang-abang?" Khalid bertanya lagi.
Terlalu perit kenangan yang lalu itu untuk dikenang. Anak-anaknya semua berjumlah 5 orang. Kelima-limanya adalah lelaki dan 4 orang daripadanya telah pun syahid di jalan Allah. Biarpun perit, namun Salman Al-Farisi tetap bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang bergelar mujahid fi sabilillah!
"Abi....."
Khalid mula menyorok di belakang Salman Al-Farisi.
Lamunan Salman Al-Farisi terhenti. Matanya tertancap, melihat objek-objek yang bergerak di hadapannya. Kelihatan beberapa orang tentera berlegar-legar dengan senapang di sisi. Salman Al-Farisi memandang Khalid di sisi yang ketakutan.
Allah... lindungilah anak yang tidak berdosa ini...
Salman Al-Farisi mendukung tubuh kecil Khalid dan melangkah gagah menuju ke masjid yang berada beberapa langkah lagi di hadapannya. Khalid menangis semahunya di bahu abi tercinta...
* * *
Pom! Pom!
Bunyi ledakan peluru membantutkan konsentrasi seluruh jemaah yang sedang bersolat. Khalid terpaku melihat beberapa baris jemaah yang telah pun rebah ke bumi akibat ditembak ketika sedang bersolat. Sebentar sahaja, dan tentera-tentera kejam itu pun pergi meninggalkan mayat-mayat bergelimpangan di dalam masjid.
Khalid mula tidak keruan. Di mindanya tergambar wajah abi tercinta... Khalid mundar-mandir. Satu persatu wajah para syuhada' yang berada di lantai masjid di tatapnya. Dan...
"Abi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
Khalid meraung. Wajah insan yang amat disayanginya berada di situ. Kepala Salman Al-Farisi berlubang ditembusi peluru. Darah yang berwarna merah pekat mengalir membasahi separuh mukanya.Mengerikan.
"Abi... Kenapa tinggalkan Khalid..."
Pandangan Khalid mulai kelam dan Khalid rebah di situ...
* * *
"Umi..." Khalid bersuara dalam sendunya yang masih berbaki.
Nur Laili yang asyik mengelamun tersentak.
"Ya sayang.." Tangan yang mampu menggoncang dunia itu mengusap lembut kepala Khalid. Penuh kasih.
"Kenapa negara Islam yang lain tak bantu kita?"
Nur Laili terdiam, terpegun dengan pertanyaan si anak kecil yang dimatangkan dengan kesusahan hidup, kengerian peperangan, melarat tanpa insan bergelar ayah di sisi.
"Mereka bantu sayang, mereka beri duit, makanan.."
"Tapi umi, Khalid nak senjata! Khalid nak lawan tentera-tentera yang zalim tu!"
Nur Laili tersentak sekali lagi.
"Umi..." Perlahan, Khalid memanggil.
"Ya sayang..."
"Adakah mereka mendoakan kita?".
"Siapa?"
"Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?"
Nur Laili terdiam. Kepetahan Khalid membuatkan jiwanya bergelora.
Ya Allah, adakah kami berada dalam ingatan saudara-saudara kami yang sedang hidup dalam kesenangan sekarang???.
"Umi..."
Khalid memanggil lagi.
"Ya..."
"Tidak malukah mereka apabila ditanya di Padang Mahsyar nanti apa yang mereka telah lakukan untuk saudara mereka yang berada dalam kesusahan seperti kita?".
"Siapa?"
"Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?"
Diam.
"Umi.."
"Ya nak.."
"Apa yang telah mereka lakukan untuk kita?". Khalid yang selesa berada dalam pelukan seorang wanita bergelar umi menggenggam erat tangan wanita solehah itu.
"Siapa?"
"Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?"
Ayat yang sama diulang-ulang oleh anak kecil itu. Mata Nur Laili mula digenangi air...
"Umi tidak tahu sayang..."
''Oh Allah... Masihkah kami layak bergelar saudara???''.
"Umi..."
"Ya sayang..."
Nur Laili mengucup penuh kasih dahi anak kecil itu. Khalid tidak seharusnya merasai suasana seperti ini, terlalu kejam buat dirinya...
"Umi... Abi pernah kata kalau perang, seharusnya mereka berperang dengan tentera sahaja, bukan orang awam macam kita. Betulkah umi?"
"Ya sayang.."
"Jadi mengapa kita digelar pengganas umi?"
Nur Laili tidak mampu lagi menahan air matanya daripada tumpah. Setitik demi setitik, dia tidak tahu mengapa mereka digelar pengganas. Mungkinkah faktor media massa atau apa?. Itu semua dia tidak kisah tapi mengapa ada juga segelintir umat Islam yang mengatakan mereka pengganas?. Tidakkah mereka tahu keadaan saudara mereka ketika ini...
"Kenapa umi menangis?"
Khalid yang merasa titisan air mata jatuh ke atas kepalanya lantas bangun dan mengelap air mata itu..
"Umi, di padang Mahsyar nanti, air mata ini bakal menjadi saksi buat saudara-saudara kita yang diam, membisu tanpa memberi bantuan, kan umi?".
Angguk.
Pom!!!.
Ledakan peluru itu tepat mengenai dada Nur Laili... Khalid terperanjat. Ini merupakan kali kedua insan kesayangannya rebah di hadapan matanya. Khalid menangis.. Tangannya yang kecil menggoncang-goncang tubuh Nur Laili yang kaku. Sekejap sahaja, tangannya merah dibasahi darah umi tercinta.
"Umi, siapa lagi yang akan menerangi malam Khalid..."
Tentera-tentera kejam itu mara menghampiri Khalid. Senapang diacukan ke kepala kanak-kanak kecil itu. Khalid memandang dengan perasaan amarah kerana maruah dia dan keluarganya telah dirobek-robek. Dia tidak lagi gentar. Batu di sebelahnya di genggam kemas, dan..
"Aku mahu jadi seperti Khalid Al-Walid. Allahu akbar!!" Khalid bangun dan melontar batu itu ke arah tentera yang hampir dengannya. Serentak dengan itu juga bunyi ledakan peluru kedengaran lagi, tepat menembusi kepala Khali. Khalid rebah di samping uminya...
"Umi.... Kita dapat jumpa abi dan abang-abang nanti..."
Dan mata Khalid terpejam jua, untuk selamanya....

*******
moga dengan cerita ini , ia dapat menginsafi diri kita supaya tidak terlalu gembira hingga lupa akan nasib umat ISLAM yang lain..

"TEGAKKAN UKHWAH,ISLAM BERJAYA"

pen off~

wasalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh........

Blogroll

"...sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam" Al-an'am:162

I made this widget at MyFlashFetish.com.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...