Tuesday, November 8, 2011

Allah Itu Maha Adil

Assalamualaikum...............
kepada semua pembaca blog ana dan semua umat Islam,sudah lama blog ini dibiarkan Pada hari ini ana ada sedikit cerita yang ana baca,cerita menjelaskan sedikit tentang sifat-sifat ALLAH. Moga ia menjadi pedoman kepada kita...........


Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. 

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di  sebuah pasaraya  telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda. Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah  la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga. Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.

"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga.

Setakat ini dululah perkongsian ana..................

pen off~~~~~~`

Friday, September 23, 2011

Allah S.W.T Menolak 1 Daripada 3 Doa Rasulullah S.A.W


alt
Assalamualaikum......

'Amir bin Said daripada bapanya berkata bahawa :
"Suatu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu Baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud :

"Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu Allah S.W.T hanya memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan.
Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a).
Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam).
Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak);
Kesimpulannya:
Saudaraku,
Apa yang kita lihat pada hari ini ialah pergaduhan semasa negara Islam sendiri, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir bertepuk tangan dari belakang.
Apakah ini yang ingin kita lihat? Apakah tindakan kita? Tidakkah kita ingin Islam kembali gemilang seperti dahulu? Bangkitlah wahai saudaraku, tegakkan Islam kembali megah, itu amanahmu! Yakinlah dengan janji Allah S.W.T.
Wallahualam...

Sunday, August 28, 2011

Layakah Kita Bergelar Saudara

Assalamualaikum..... kepada semua pembaca. hari ni ana ada terbaca sau cerita yang mungkin boleh membuka mata kita..Kita mesti sedar bahawa disaat kita bergembira bersuka ria untuk menyambut hari raya, ada yang menderita. Jadi kita harulah sedar mungkn disebab kan kita mereka menderita. beginilah cerita yang saya petik dari kawan saya

*******

"Umi!!!!" Khalid menjerit nyaring.
Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di sebalik batu-batu yang ada hampir sahaja menjerit ketakutan, mujur suaranya itu tersekat di kerongkong sehinggalah tentera-tentera kejam itu berlalu pergi... Jika tidak, entahkan hidup entahkan tidak lagi dirinya di muka bumi ini.
"Umi!!!" Khalid menjerit lagi.
Kanak-kanak berusia 6 tahun itu berlari-lari di atas serpihan batu-bata,t erpaksa memungkinkan bahawa ibunya ada di situ... Cuaca yang panas terik tidak memberhentikan kakinya daripada terus melangkah, berlari ke segenap penjuru mencari insan yang paling dikasihinya.
"Khalid.. Khalid anak umi..."
Suara lembut itu membuatkan kepala Khalid menoleh ke arah sisinya. Wajahnya yang dibasahi peluh tersenyum senang melihat kehadiran Nur Laili, satu-satunya ahli keluarganya yang masih hidup pada saat itu. Khalid berlari ke arah Nur Laili, Nur Laili mendakapnya senang...
"Umi, Khalid ingat umi dah tinggalkan Khalid macam abi..."
* * *
"Khalid... Mari cepat pergi ke masjid, sekejap lagi azan ni!"
Kedengaran suara Salman Al-Farisi memanggil dari luar rumah. Khalid yang baru sahaja keluar dari bilik air terkedek-kedek lari mendapatkan bapanya.
"Umi, Khalid pergi dulu..." ucapnya seraya melangkah pergi...
"Abi, kenapa kita kena solat di masjid?. Umi tak pergi masjid pun abi..." Khalid bertanya. Matanya yang bening memandang tepat ke dalam anak mata Salman Al-Farisi.
Salman Al-Farisi menarik nafas panjang.
"Kita kan orang Islam sayang, kita lelaki, lelaki kuat, jadi kena solat di masjid. Umi tak apa solat di rumah. Lagipun, bila ramai-ramai orang Islam berkumpul di masjid, orang kafir pun akan gerun, nampaklah orang Islam ni bersatu, bila bersatu, kita  akankuat kan sayang?" Salman Al-Farisi cuba menerangkan seringkas mungkin buat kanak-kanak berusia 6 tahun itu.
"Tapi abi...."
"Kenapa Khalid?"
"Kenapa dulu masjid kosong saja, sekarang ni baru nampak penuh... Bukankah sekarang ni banyak tentera, kat setiap penjuru ada tentera, dulu tak ada tentera kenapa orang tak sibuk ke masjid?" Penuh ketulusan suara itu bertanya.
Salman Al-Farisi termenung jauh. Tangannya yang memimpin tangan Khalid digenggam seerat mungkin. Bagaimanakah cara terbaik untuknya menerangkan keadaan ummah pada masa kini kepada kanak-kanak sekecil Khalid.
"Khalid... Kalau Khalid dapat apa yang Khalid nak, tapi Khalid degil, tak mahu dengar cakap abi.. Tiba-tiba satu hari semua tu abi ambil balik , Khalid hidup susah, baru Khalid rasa betapa bermaknanya kesenangan yang lalu kan?"
Angguk.
"Macam tu jugalah keadaan sekarang ni. Dulu, Allah bagi nikmat banyak sangat... Tapi manusia tak mahu bersyukur malah manusia tak nak dengar cakap Allah. Sekarang ni, bila dah susah baru semua tahu betapa pentingnya sesuatu arahan Allah. Mustahil arahan daripadaNya itu sia-sia."
"Abi, Khalid tak mahu lawan cakap Allah!" Khalid bersemangat.
"Ya sayang, Khalid kena jadi macam Khalid Al-Walid. Dia seorang panglima perang yang hebat, dia tak pernah gentar dalam mempertahankan agama Islam bahkan dia rela mati di jalan Allah". Bersemangat Salman Al-Farisi memberi kekuatan buat si anak kecil itu. Satu-satunya anak yang masih tinggal untuk bersama-samanya berjuang di jalan Allah.
"Macam abang-abang?" Khalid bertanya lagi.
Terlalu perit kenangan yang lalu itu untuk dikenang. Anak-anaknya semua berjumlah 5 orang. Kelima-limanya adalah lelaki dan 4 orang daripadanya telah pun syahid di jalan Allah. Biarpun perit, namun Salman Al-Farisi tetap bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang bergelar mujahid fi sabilillah!
"Abi....."
Khalid mula menyorok di belakang Salman Al-Farisi.
Lamunan Salman Al-Farisi terhenti. Matanya tertancap, melihat objek-objek yang bergerak di hadapannya. Kelihatan beberapa orang tentera berlegar-legar dengan senapang di sisi. Salman Al-Farisi memandang Khalid di sisi yang ketakutan.
Allah... lindungilah anak yang tidak berdosa ini...
Salman Al-Farisi mendukung tubuh kecil Khalid dan melangkah gagah menuju ke masjid yang berada beberapa langkah lagi di hadapannya. Khalid menangis semahunya di bahu abi tercinta...
* * *
Pom! Pom!
Bunyi ledakan peluru membantutkan konsentrasi seluruh jemaah yang sedang bersolat. Khalid terpaku melihat beberapa baris jemaah yang telah pun rebah ke bumi akibat ditembak ketika sedang bersolat. Sebentar sahaja, dan tentera-tentera kejam itu pun pergi meninggalkan mayat-mayat bergelimpangan di dalam masjid.
Khalid mula tidak keruan. Di mindanya tergambar wajah abi tercinta... Khalid mundar-mandir. Satu persatu wajah para syuhada' yang berada di lantai masjid di tatapnya. Dan...
"Abi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
Khalid meraung. Wajah insan yang amat disayanginya berada di situ. Kepala Salman Al-Farisi berlubang ditembusi peluru. Darah yang berwarna merah pekat mengalir membasahi separuh mukanya.Mengerikan.
"Abi... Kenapa tinggalkan Khalid..."
Pandangan Khalid mulai kelam dan Khalid rebah di situ...
* * *
"Umi..." Khalid bersuara dalam sendunya yang masih berbaki.
Nur Laili yang asyik mengelamun tersentak.
"Ya sayang.." Tangan yang mampu menggoncang dunia itu mengusap lembut kepala Khalid. Penuh kasih.
"Kenapa negara Islam yang lain tak bantu kita?"
Nur Laili terdiam, terpegun dengan pertanyaan si anak kecil yang dimatangkan dengan kesusahan hidup, kengerian peperangan, melarat tanpa insan bergelar ayah di sisi.
"Mereka bantu sayang, mereka beri duit, makanan.."
"Tapi umi, Khalid nak senjata! Khalid nak lawan tentera-tentera yang zalim tu!"
Nur Laili tersentak sekali lagi.
"Umi..." Perlahan, Khalid memanggil.
"Ya sayang..."
"Adakah mereka mendoakan kita?".
"Siapa?"
"Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?"
Nur Laili terdiam. Kepetahan Khalid membuatkan jiwanya bergelora.
Ya Allah, adakah kami berada dalam ingatan saudara-saudara kami yang sedang hidup dalam kesenangan sekarang???.
"Umi..."
Khalid memanggil lagi.
"Ya..."
"Tidak malukah mereka apabila ditanya di Padang Mahsyar nanti apa yang mereka telah lakukan untuk saudara mereka yang berada dalam kesusahan seperti kita?".
"Siapa?"
"Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?"
Diam.
"Umi.."
"Ya nak.."
"Apa yang telah mereka lakukan untuk kita?". Khalid yang selesa berada dalam pelukan seorang wanita bergelar umi menggenggam erat tangan wanita solehah itu.
"Siapa?"
"Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?"
Ayat yang sama diulang-ulang oleh anak kecil itu. Mata Nur Laili mula digenangi air...
"Umi tidak tahu sayang..."
''Oh Allah... Masihkah kami layak bergelar saudara???''.
"Umi..."
"Ya sayang..."
Nur Laili mengucup penuh kasih dahi anak kecil itu. Khalid tidak seharusnya merasai suasana seperti ini, terlalu kejam buat dirinya...
"Umi... Abi pernah kata kalau perang, seharusnya mereka berperang dengan tentera sahaja, bukan orang awam macam kita. Betulkah umi?"
"Ya sayang.."
"Jadi mengapa kita digelar pengganas umi?"
Nur Laili tidak mampu lagi menahan air matanya daripada tumpah. Setitik demi setitik, dia tidak tahu mengapa mereka digelar pengganas. Mungkinkah faktor media massa atau apa?. Itu semua dia tidak kisah tapi mengapa ada juga segelintir umat Islam yang mengatakan mereka pengganas?. Tidakkah mereka tahu keadaan saudara mereka ketika ini...
"Kenapa umi menangis?"
Khalid yang merasa titisan air mata jatuh ke atas kepalanya lantas bangun dan mengelap air mata itu..
"Umi, di padang Mahsyar nanti, air mata ini bakal menjadi saksi buat saudara-saudara kita yang diam, membisu tanpa memberi bantuan, kan umi?".
Angguk.
Pom!!!.
Ledakan peluru itu tepat mengenai dada Nur Laili... Khalid terperanjat. Ini merupakan kali kedua insan kesayangannya rebah di hadapan matanya. Khalid menangis.. Tangannya yang kecil menggoncang-goncang tubuh Nur Laili yang kaku. Sekejap sahaja, tangannya merah dibasahi darah umi tercinta.
"Umi, siapa lagi yang akan menerangi malam Khalid..."
Tentera-tentera kejam itu mara menghampiri Khalid. Senapang diacukan ke kepala kanak-kanak kecil itu. Khalid memandang dengan perasaan amarah kerana maruah dia dan keluarganya telah dirobek-robek. Dia tidak lagi gentar. Batu di sebelahnya di genggam kemas, dan..
"Aku mahu jadi seperti Khalid Al-Walid. Allahu akbar!!" Khalid bangun dan melontar batu itu ke arah tentera yang hampir dengannya. Serentak dengan itu juga bunyi ledakan peluru kedengaran lagi, tepat menembusi kepala Khali. Khalid rebah di samping uminya...
"Umi.... Kita dapat jumpa abi dan abang-abang nanti..."
Dan mata Khalid terpejam jua, untuk selamanya....

*******
moga dengan cerita ini , ia dapat menginsafi diri kita supaya tidak terlalu gembira hingga lupa akan nasib umat ISLAM yang lain..

"TEGAKKAN UKHWAH,ISLAM BERJAYA"

pen off~

wasalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh........

Thursday, August 11, 2011

PESANAN SYEIKH AHMAD YASSIN KPD PEMUDA DAN PEMUDI

Assalamualaikum........
SYEIKH AHMAD YASSIN 1938-2004

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mu1ia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.


Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan.Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

Saturday, July 30, 2011

Bersahabat Kerana ALLAH

Asslamualaikum dan salam ukhwah semua pembaca blog.....  

 Pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan selamat berpuasa ..
Jangan yang ponteng tau. KIta semua tahu bukan mudah untuk kita lawan nafsu kita. tapi orang yang melawan nafsu ni juga akan mendapat pahala jihad kecil.Kita ni kalau nak pergi berperang tu jauh sangatlah. Boleh jihad kecil pun Alhamdullilah.........

Semua orang mesti ada kawankan. Kalau kita nak mencari kawan yang sejati tu memamng susah .
Kawan sejati ni dia akan bersama kita samada dalam keadaan senang dan susah. Sebuah hadis yang masyhur dibawa oleh Iman al-Nawawi ialah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim tentang tujuh golongan yang akan dinaungi 'Arasy di akhirat nanti. Antara tujuh golongan itu suka ditekankan di sini sabdanya:
 "Dua orang sahabat kerana ALLAH,mereka bertemu kerana ALLAH,mereka barpisah kerana ALLAH."


Walaupun ungkapan Rasulullah S.W.A di atas tidak menjelaskan dangan terperinci apakah bentuk persahabatan itu tetepi cukup dengan memberi kiasan terindah iaitu " bertemu kerana ALLAH,berpisah kerana ALLAH". dua sahabat ini bertemu demi keredaan ALLAH dan berpisah mencari keredaan ALLAH S.W.T. Persahabataan mereka tidak dicemari langsung apa-apa niat tidak baik atau kepentingan diri atau prasangka dan perbuatan buruk. Semoga kita dikurniakan persahabatan segini!

baiklah wahai sahabat semua sampai disini dulu ye..
wassalam......

pen off~

Sunday, June 19, 2011

ape saje

assalamualaikum sema pembaca blog...
          dan salam ukhwah kpd semua
                hari ini rase macam nk menulis sikit
 
        Pada berminggu yg lps sebelum cuti  ana dan rakan seperjuangan ana tlh menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. pada awal 2 tu blh tahanlah jugak stress nk study. lebih2 pada hari kedau, semuanya 'killer' subjek.
tp lepas abis je semua peperiksaan rase leganya ade lah juga skit berdebar kerana masih belm mendapat keputusan. Dan tibalah juga saat yang ditunggu- tunggu oleh semua pelajar iaitu cuti sekolah yang blh tahan panjang.
      Ana pade mase cuti tu tak tahu nk buat ape hanye pergi kenduri khawin sampai kenyang perut dibuatnye sebab terlalu banyak makan. dahlah mase cuti tu tak pergi jalan mane mane. tapi nk buat macam mane reda jelah.tapi bile tamat je cuti sekolah. Rase berat lah pulak nak tinggalkan rumah dan malas nk pergi sekolah(godaan semata mata).Tapi adelah juge rasa gembira kerana dapat berjumpa dengan rakan- rakan sepaerjuangan utuk meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu.Keputusan peperiksaaan telah keluar, keputusan malas lah nak beritahu(malu) hehehehe....
       Walaupun tidak mendapat keputusan yang cemerlang. tapi kita mesti lah berusaha dalam mencapai kecermelangan didunia mahupun diakhirat. Insyaallah............ kita dapat sama-sama mencapainya

selamat maju jaya semua umat ISLAM

pen off~

wasslam...~

Saturday, May 14, 2011

KEAJAIBAN AIR

         Asslamualaikum semua........
 Hari ini ana ada sedikit peringatan tentang kekuasaan ALLAH.........
Semoga ia akan mengingatkan kita terhadap kekuasaan ALLAH
         ALLAH S.W.T telah menjadikan air sebagai suber yang penting untuk kita. Walaupun ada sebahagian hidupan yang dapat hidup tanpa udara, namun tidak ada `makhluk biasa' yang mampu hidup tanpa air.makhluk-makhlik biasa seperti haiwan atau tumbuh-tumbuhan hingga makhluk-makhluk kecil yang tidak dapat dilihat dgn mata kasar pun sebahgian besar tubuhnya adalah air Tetapi nisbah antara jirim dengan satu jirim yang lain adalah berbeza. Selain itu, 2/3 daripada badan kita juga adalah terdiri daripada air.
          Mengikut kajian, 2/3 dari permukaan bumi ini juga adalah dipenuhi dangan air,bumi juga dipenuhi dengan wap air.Air juga penting untuk pembetukan sel bagi benda hidup dan ia juga untik menghasilkan tindak balas bagi semua benda hidup.air mempunyai banyak keistimewaanyang lain yang menjadi asas kepada kehidupan. Struktur keperluan air ini telah dijelaskan oleh ALLAH S.W.T dalam surah al-Anbiya' ayat 30 yang berbunyi:

           ''Dan Kami jadikan setiap sesuatu yang hidup itu dari air,apakah kamu tidak beriman (percaya) dengannya?"

             Ayat diatas, telah memberitahu kepada kita tentang kepentingan air di dalam kehidupan makhluk-makhluk ALLAH di dunia ini, Demikian kejadian air yang ALLAH jadikan itu; ia adalah sesuatu yang amat ajaib kejadiannya dan ia aat diperlukan bagi makhluk yang ada di atas muka bumi ini. Molikul-molikul air ini juga akan mengikut apa yang kita katakan, jadi apabila kita berkata benda yang baik, molikul air itu akan menjadi lebih baik seperti kita berzikir atau membaca al-quran.

air yang sangat penting dalam kehidupan..........

 molekul air ketika dibacakan  ayat -ayat suci al-quran........





           Walaupun ada banyak lagi perkara yang hendak dieritakan tentang Keajaiban Air ini, tetapi setakat ini dahululah pada kali ini.Insyaallah......... akan bersanbung.

       pen off~~
        
      wassalam...........

Thursday, April 14, 2011

Hjau Hasilkan Ketenangan

Assalamualaikum......... hari rese macam nk beri sedikit peringatan dan ingatan kepada semua.....
       biar bukan yang asli ambil dari org tapi baca dan renung renungkanlah..........




Aku suka hijau! Hijau…kenapa? Sebab hijau warna yang cukup tenang aku rasakan. Bila pandang warna hijau…sejuk saja mata. Tenang saja hati….
Aku seorang yang suka ambil kisah hal sekeliling, benda yang kecik pun aku ambil kisah. Jadi, setiap apa yang aku pandang, aku akan bermonolog sendirian, sebab tu suka bermadah….

Tiap kali pergi jalan-jalan…dan lalu dekat dengan hutan, ataupun lebih tepat lagi…sepanjang jalan untuk ke air terjun, sekeliling dia dikelilingi pokok kan? Kalau kita buka tingkap kereta apa akan kita rasa?
Rasa kesejukan flora dan fauna… bau daun-daun hutan yang meresap ke dalam diri. Suka! Apa warna dia? Hijau….

Hijau ialah warna yang biasa dinampak dalam alam semula jadi, khususnya tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan berwarna hijau, terutamanya kerana tumbuh-tumbuhan mempunyai klorofil, sejenis sebatian yang terlibat dalam proses fotosintesis.

Cahaya hijau mempunyai panjang gelombang di sekitar 520–570 nanometer, dan dianggap sebagai salah satu daripada warna primer tambahan. Hijau ialah warna pelengkap untuk warna magenta; lebih tepat, warna hijau dengan kod perenambelasan#FF00FF. Orang-orang yang buta warna seringnya dapat membezakan kedua-dua warna ini, tetapi keliru antara warna-warna ini dengan warna-warna yang lain; umpamanya, hijau terang dengan kuning, dan hijau tua dengan coklat.

Istilah "hijau" tidak mentakrifkan warna yang tepat, kecuali istilah itu digunakan bersama-sama dengan sesuatu piawaian, seperti warna-warna X11, atau ruang warna mutlak seperti sRGB.


          Warna hijau juga dianggap sebagai warna tradisi untuk agama Islam,disebabkan perkaitannya dengan alam semula jadi. Nabi Muhammad disebut dengan pasti dalam hadis sebagai berkata bahawa "air, tumbuhan-tumbuhan hijau, dan wajah yang jelita" merupakan tiga benda sejagat yang baik. Selain itu, dalam surah Al-Insan di dalam al-Quran, pengikut-pengikut Allah di Jannah dikatakan memakai sutera hijau yang bagus sekali.

"Ada banyak kata "hijau" di dalam ayat-ayat Al-Qur'an dan menjelaskan akan keadaan penghuni jannah ataupun segala yang ada disekelilingnya, berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa. Kita mendapati di dalam surat Al-Rahman:

"Mereka bertelekan (bertelekan: tiduran
menyamping, tubuh lurus, dengan salah satu
tangannya dilipat dan telapak tangannya menyangga
kepala -pent) di atas bantal-bantal yang hijau dan
permadani yang indah" 

(QS. Al-Rahman: 76)

"Mereka mengenakan pakaian sutra halus yang hijau,
dan sutra tebal, serta dipakaikan gelang dari
perak kepada mereka. Dan Rabb mereka memberi minum
mereka dengan minuman yang suci" 

(Q.S. Al-Insan: 21)

"Mereka mengenakan pakaian sutra halus yang hijau
dan sutra tebal"
(Q.S. Al-Kahf: 31) 

Salah seorang pakar psikologi, Ardatsham, mengatakan

"Sesungguhnya pengaruh warna terhadap manusia sangat besar, dan saya pernah melakukan sejumlah penelitian dan menjelaskan bahwa warna berpengaruh terhadap kejiwaan dan semangat serta vitalitas kita; merasa panas; atau dingin; atau nyaman; atau
bahagia; bahkanbisa berpengaruh terhadap kepribadian seseorang dan berpengaruh terhadap menyikapi kehidupan.

Dan warna bias menjadi sebab relung jiwa yang dalam terpengaruh dengannya. Sebuah rumah sakit pernah mengundang sejumlah pakar untuk memberikan saran bagi warna dinding ruang pasien atau warna dinding rumah sakit, sehingga bisa banyak membantu
dalam mengobati mereka. Rumah sakit juga meminta saran tentang warna yang terbaik untuk pakaian pasien. Sejumlah percobaan telah membuktikan bahawa warna kuning bisa membangkitkan semangat di syaraf pusat. Adapun warna ungu bisa membangkitkan
ketenangan.

Adapun warna biru, maka orang yang melihatnya akan merasa dingin. Sebaliknya, warna merah maka orang akan merasa panas atau gersang. Dan para pakar tersebut mengatakan bahwa warna yang bisa membangkitkan kebahagiaan, gembira, bersemangat hidup (bergairah) adalah warna hijau.

Oleh karena itu, warna yang utama dan sesuai untuk kamar atau ruang operasi, pakaian para ahli bedah dan pakaian pasien adalah warna hijau. Sebuah pengalaman unik akankami kemukakan di sini bahwa ada sebuah pengalaman yang terjadi di London,Inggeris, di kawasan Black Fryer yang dikenal dengan "kawasan bunuh diri" karena mayoritas kejadian bunuh diri banyak terjadi di kawasan ini. Kemudian diadakan perubahan warna dari warna gelap gurun ke warna hijau metalik. Denganhal ini ternyata terjadi penurunan jumlah kejadian bunuh diri dengan sangat signifikan. Warna hijau juga bisa menjadikan pandangan mata nyaman.

Sumber:

Kitab: Ma'a Al-Thib fii Al-Qur'an Al-Karim,
dari. Abdul Hamid Diyab, dari. Ahmad Qarquz,
Mu'assasah Ulum Al-Qur'an, Dimasyq.

p/s: warna bendera jihad…warna hijau… bendara Malaysia tak da warna hijau.. ^__^

Blogroll

"...sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam" Al-an'am:162

I made this widget at MyFlashFetish.com.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...